Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir: 12 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan -

Banjir: 12 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan

SEBANYAK 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini.

Menurut portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui http://bencanaalam.jkr.gov.my, empat laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala lapan laluan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah dua di Tanah Merah iaitu jalan masuk ke loji air Bukit Remah dan Jalan Bukit Panau – Bendang Nyior, serta dua di Pasir Mas iaitu Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang dan jalan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Sementara itu, empat laluan di Pasir Puteh ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, FT003 jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu (Panggong 3 Daerah), jalan Pasir Puteh – Gong Kelih (Kg. Chengal Pulas) dan jalan Gaal – Kg. Bukit.

Di Kuala Krai pula, dua laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Sg. Durian -Chenulang dan jalan Bukit Sireh – Kampung Bedal – Kuala Nal.

Di Pasir Mas, dua laluan iaitu jalan Tok Deh – Gual Periok dan jalan Bakat – Kubang Kuau turut ditutup kepada kenderaan ringan.