Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Batang Kali: Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti - Polis -

Tanah runtuh Batang Kali: Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti – Polis

IDENTITI kesemua 21 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mereka yang terkorban ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa itu semuanya tiada dokumen.

“Sekarang mereka Hospital Sungai Buloh dan sedang mencari waris mangsa yang hilang untuk membuat pengecaman,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu seperti dilaporkan Astro AWANI.

Suffian menambah arahan bedah siasat mangsa yang terkorban telah dikeluarkan pada Jumaat.

Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.

Setakat malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, manakala 12 orang lagi masih hilang.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.