Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MPHS arah tapak perkhemahan rekreasi dikosong serta merta -

MPHS arah tapak perkhemahan rekreasi dikosong serta merta

MAJLIS Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan 25 notis pengosongan tapak perkhemahan dan rekreasi di seluruh kawasan seliaannya berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut dikeluarkan khusus buat tapak kawasan berdekatan cerun dan berisiko tinggi berlakunya kejadian yang sama seperti di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini.

Yang Dipertua MPHS, Mohd. Hasry Nor Mohd. berkata, tindakan itu selaras dengan arahan yang dikeluarkan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, semalam.

“Kira telah mengeluarkan 25 notis kepada pengusaha tapak perkhemahan yang berisiko dan bercerun di sekitar Hulu Selangor.

“Terdapat tapak yang tidak berlesen namun dalam proses pemutihan, kita dalam proses memutihkan kesemua ini mengikut SOP perlesenan,” katanya ketika ditemui pemberita memetik laporan Utusan Online.

Semalam, Kor Ming  mengeluarkan arahan kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengosongkan tapak perkemahan berisiko tinggi selama tujuh hari, berkuat kuasa pagi semalam.

Arahan tersebut merupakan langkah bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini berulang.