Sebanyak 11 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, setakat 4.20 petang Jumaat.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata lima mayat dalam perjalanan ke hospital itu untuk prosedur operasi standard COVID-19, pengecaman dan bedah siasat.
“Setakat ini 11 mayat sampai di sini, namun masih belum menjalani apa-apa proses. “Pihak hospital sedang menunggu arahan bedah siasat dari pihak polis bagi proses seterusnya,” katanya memetik laporan BH Online.
Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan menyediakan khidmat kaunseling kepada waris mangsa.
“Dengan adanya antemortem (pengumpulan data kematian), akan dapat mempercepat proses pengecaman dan penyerahan mayat kepada waris,” katanya.
Dua waris mangsa tiba di unit forensik hospital berkenaan jam 4 petang tetapi pasangan warga emas itu enggan ditemu bual.
Dianggarkan 100 orang terbabit dan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, Bentong Kali, awal pagi Jumaat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.