Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Batang Kali: Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang -

Tanah runtuh Batang Kali: Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi dengan 43 mangsa disahkan selamat.

Sehingga kini, katanya, usaha mengesan baki 25 lagi mangsa yang hilang masih digerakkan.

Berdasarkan maklumat, beliau berkata semua mangsa membabitkan satu kumpulan sama yang menginap di tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, selain petugas di tapak berkenaan.

“Sehingga operasi menyelamat masih digerakkan membabitkan 394 anggota meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan SMART.

“Operasi turut dibantu unit anjing pengesan K9 daripada JBPM dan PDRM,” katanya memetik laporan BH Online.

Suffian berkata, mayat sembilan mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala yang cedera akan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Baharu.