Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Gelombang Hitam’ bukan dari PN -

‘Gelombang Hitam’ bukan dari PN

KETUA Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin menafikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik protes aman “Gelombang Hitam” menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu depan.

“Gelombang Hitam bukan dari PN,” katanya ringkas lapor FMT.

Risalah yang tersebar di media sosial menyatakan “Gelombang Hitam” bukannya protes jalanan, sebaliknya protes aman terhadap perdana menteri ke-10 yang tidak mengganggu ketenteraman awam.

Ia menggesa individu tidak menyokong Anwar berpakaian hitam dan menukar gambar profil di media sosial kepada latar belakang hitam pada 18 dan 19 Dis ini bagi menghantar mesej kepada Ahli Parlimen.

Ia turut menggalakkan penggunaan tanda pagar “tidakpercaya” di media sosial.

Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar disenaraikan sebagai Aturan Urusan Mesyuarat kelapan pada mesyuarat pertama Dewan Rakyat yang akan bersidang dua hari mulai Isnin depan.