1,040 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

JANGKITAN baharu COVID-19 kini melepasi angka 1,000 kes pada Selasa dengan sejumlah 1,040 kes dilaporkan, berbanding 809 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut maklumkan kes kematian meningkat kepada sembilan kes, berbanding enam kes yang dilaporkan pada Isnin.

Ia termasuk tiga kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Dalam pada itu, 17,547 kes aktif direkodkan pada Selasa dan daripada jumlah itu, 16,378 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,100 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Menurut laporan Astro AWANI, 69 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 52 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan satu 1,456 kes sembuh.