Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Musim tengkujuh: Bekalan ikan dijangka kurang sehingga 50 peratus -

Musim tengkujuh: Bekalan ikan dijangka kurang sehingga 50 peratus

BEKALAN ikan di seluruh negara dijangka berkurangan sehingga 50 peratus ketika ini ekoran musim tengkujuh, sekali gus menyebabkan harga hasil laut itu naik sehingga dua kali ganda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, bagi mengatasi masalah itu, LKIM terus menyediakan ikan sejuk beku untuk membantu rakyat.

“Bila musim-musim seperti ini, kapal masih lagi keluar tetapi tidak semua.

“Oleh kerana musim tengkujuh ini ada yang tak berani keluar tetapi ada yang keluar juga, jadi bekalan keluar antara 30 hingga 50 peratus seluruh Malaysia.

“Kebiasaannya (kekurangan stok), kita tampung dengan ikan sejuk beku, dan kedua, dengan ikan air tawar serta ikan import,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di sini, semalam,lapor Berita Bersatu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berharap LKIM akan segera menyiapkan bilik sejuk beku bagi menyimpan stok ikan, khusus untuk bekalan ketika musim ikan kurang, seperti musim tengkujuh.

Tambah Syed Abu Hussin Hafiz, sebanyak RM7 juta peruntukan disediakan untuk membeli 1,000 metrik tan ikan sejuk beku bagi tujuan simpanan.

Monsum Timur Laut yang melanda sejak beberapa minggu lalu menyebabkan nelayan bot kecil dan pesisir pantai tidak boleh turun ke laut, menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan harga meningkat.

Misalnya, di beberapa negeri, harga ikan kembung yang dijual di pasar awam naik sehingga RM15 hingga RM17 sekilogram, berbanding RM10 hingga RM12 sebelum ini.