Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat bekas imam ditemukan lemas -

Mayat bekas imam ditemukan lemas

SEORANG bekas imam yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri, semalam ditemukan lemas di Sungai Fikri di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, mayat Zakaria Mat Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku di sini ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat di sungai tersebut pada pukul 10.54 pagi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan sejauh kira-kira 1.7 kilometer (km) dari lokasi dipercayai terjatuh, semalam.

“Mayat mangsa ditemukan tersangkut di rimbunan pokok nipah di tebing sungai tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi ini.

Afandi memberitahu, mayat bekas imam itu dipercayai hilang ketika menjala ikan di kawasan kolam udang tersebut pada pukul 7 malam semalam.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum itu disertai 60 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Repa, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu di sini untuk bedah siasat,” ujarnya lapor Utusan Malaysia.