Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah perlu dikosongkan -

Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah perlu dikosongkan

PENGHUNI di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang di sini diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata penghuni di kawasan terlibat telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.

Beliau berkata arahan mengosongkan kediaman itu bagi memastikan keselamatan penduduk.

“Polis juga telah membuat kawalan di kawasan sekitar dengan meletakkan sebuah Van Balai Polis bergerak selain mendirikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“MPAJ, Ketua Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat hadir membuat pemeriksaan di kawasan tersebut dan tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.

Rumah mereka turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

— BERNAMA