SPRM tumpu siasatan terhadap RM92 bilion dana kerajaan sepanjang pandemik

0
230

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata akan menumpukan siasatan terhadap RM92.5 bilion daripada anggaran jumlah keseluruhan RM530 bilion yang diperuntukkan sejak Covid-19 melanda negara, berikutan dakwaan salah laku dalam pengurusannya oleh kerajaan sebelum ini.

Dalam sebuah kenyataan, SPRM menjelaskan siasatan awal mendapati hanya jumlah itu sahaja yang melibatkan dana kerajaan sementara baki sebanyak RM437.5 bilion lagi bukan daripada kerajaan.

“Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan. 

“Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” lapor Malaysia Now.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here