Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3 penyamun tak sempat berjoli hasil rompakan -

3 penyamun tak sempat berjoli hasil rompakan

TIGA penyamun tidak sempat ‘berjoli’ hasil rompakan apabila kesemua mereka ditahan polis pada hari sama setelah melakukan jenayah berkenaan di sebuah hotel dan kedai serbaneka di Masai dan Ulu Tiram, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar Pasir Gudang.

“Polis menerima laporan yang dibuat pekerja kaunter hotel dan juruwang kedai serbaneka berkenaan yang masing-masing berusia 37 dan 48 tahun.

“Mengikut pengadu, kejadian samun tersebut berlaku pada pukul 4 hingga 5 pagi, dimana semasa kejadian mangsa disamun dua lelaki tempatan yang bersenjatakan parang.

“Seorang daripada suspek mengacukan parang ke arah mangsa selain melarikan barangan berharga, antaranya telefon bimbit jenama Vivo Y15 dan wang tunai berjumlah RM750,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sekitar Pasir Gudang sebelum beraya menahan suspek antara pukul 10 malam hingga 11.30 malam, hari sama.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan lapan rekod dadah termasuk rekod orang yang dikehendaki.

“Rampasan dibuat termasuklah dua buah motosikal, dua topi keledar, lima helai jaket, sebilah parang, tiga pasang kasut dan dua telefon bimbit,” jelasnya.

Mohd. Sohaimi turut memberitahu, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.

“Semua suspek kini direman di bawah Seksyen Kanun Prosedur Jeayah (KPJ) selama tujuh hari bermula hari ini hingga 14 Disember,” tambahnya.