Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuan Ibrahim ketua pembangkang di DUN Pahang -

Tuan Ibrahim ketua pembangkang di DUN Pahang

PERIKATAN Nasional (PN) memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau akan memaklumkan pemilihan Timbalan Presiden PAS itu kepada Yang Dipertua DUN Pahang.

“…. seterusnya kami mencadangkan jawatan Ketua Pembangkang di DUN ini diberikan fungsi dan status yang rasmi sebagaimana di sesetengah DUN lain dan mengikut contoh di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di Rompin hari ini.

Selain itu, Saifuddin juga berkata PN turut bersetuju untuk menamakan ADUN Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus sebagai Ketua Whip di DUN Pahang.

Pada PRU15, Tuan Ibrahim memenangi kerusi DUN Cheka dengan majoriti 1,223 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad (Pakatan Harapan) memperoleh 2,255 undi dan calon pejuang Aishaton Abu Bakar hilang deposit selepas hanya mendapat 81 undi.

Selain DUN Cheka, Tuan Ibrahim juga menang di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

— BERNAMA