Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan? -

Ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?

KETUA Setiausaha Perbendaharaan Negara, Asri Hamidin dikatakan sedang bercuti bermula hari ini serentak dengan waktu Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaporkan diri bertugas sebagai menteri kewangan.

Menurut sumber, Asri juga tidak kelihatan dalam sambutan Anwar mengimbas kad perakam waktu (clock in) buat kali pertama pada pagi ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

“KSP tak sambut (Anwar). Beliau dicutikan. Masa mesyuarat pertama Kementerian Kewangan, Anwar dah kata KSP akan ditukar,” kata sumber terdekat di Putrajaya kepada MalaysiaNow.

Asri dilantik pada 2020 tidak lama selepas Tengku Zafrul Aziz mula menerajui Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.