Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat wanita tersangkut tingkat 20 kondominium -

Mayat wanita tersangkut tingkat 20 kondominium

BOMBA mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat seorang wanita yang tersangkut pada belebas tiang tingkat 20 sebuah kondominium dekat Damansara Perdana, Petaling Jaya, hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun sebelum itu dipercayai terjatuh dari tingkat 28 bangunan kediaman berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata laporan kejadian diterima jam 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara digerakkan ke lokasi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa.

“Mangsa yang dilihat tidak sedarkan diri akhirnya berjaya dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis seperti dilaporkan BH Online.

Norazam berkata, tugas penyelamatan selesai sepenuhnya pada jam 10.55 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.