Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sembilan negeri -

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di sembilan negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kejadian hujan lebat dan ribut petir di Kedah dijangka berlaku di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, keadaan cuaca ribut dan hujan lebat dijangka berlaku di Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar dan Batang Padang.

Sementara di kawasan selatan, keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, serta di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Di pantai timur, MetMalaysia turut meramalkan cuaca serupa di Terengganu, melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan daerah Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Malaysia Timur, ribut petir, hujan lebat dijangkakan melanda di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) di Sarawak; dan Kudat di Sabah.

— BERNAMA