Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Helikopter polis terhempas di Indonesia: Satu mayat ditemukan,3 lagi masih hilang -

Helikopter polis terhempas di Indonesia: Satu mayat ditemukan,3 lagi masih hilang

PASUKAN penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Pesawat itu berlepas pada Ahad dari wilayah Kalimantan Tengah menuju ke wilayah Kepulauan Bangka Belitung apabila ia terputus hubungan akibat cuaca buruk.

“Penyelamat menemukan mayat di perairan Manggar pagi ini,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A. Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata nelayan di kawasan itu menemukan tiga headrest dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada Ahad petang..

— BERNAMA