Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cristiano Ronaldo dipelawa sertai kelab Arab Saudi -

Cristiano Ronaldo dipelawa sertai kelab Arab Saudi

RONALDO masih mempunyai masa depan untuk beraksi dalam kancah Arab Saudi walaupun pernah menolak tawaran mereka, menurut menteri sukan negara itu yang turut memujinya sebagai pemain contoh.

Kapten Portugal itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas bersetuju menamatkan kontraknya dengan Manchester United berikutan temu bual kontroversialnya di sebuah rancangan.

Ia menamatkan penggal keduanya yang serba tidak kena di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, tetapi sepatutnya boleh dielakkan sekiranya penyerang tersebut dilepaskan lebih awal. 

Antara tawaran terawal hadir daripada sebuah kelab di sana dan Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, menyokong langkah untuk membawa pemain tersohor tersebut ke negara berkenaan.

“Sebarang kemungkinan boleh terjadi. Saya ingin melihat Ronaldo beraksi dalam liga Saudi.

“Ia akan memberi manfaat kepada liga, ekosistem sukan di Saudi dan ia mampu memberi inspirasi buat pemain muda akan datang. Dia merupakan contoh kepada ramai kanak-kanak dan mempunyai peminat yang ramai,” katanya lapor Astro AWANI yang memetik laporan BBC Sport.