Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian -

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian

MALAYSIA merekodkan sebanyak 3,024 kes baharu COVID-19 pada Jumaat dengan tujuh daripadanya merupakan kes import menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 26,903.

Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah, manakala 10 lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan bahawa sebanyak 2,049 kes COVID-19 menerima rawatan di hospital dengan 92 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat adalah sebanyak 2,969 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,917,827.

Pada masa yang sama, negara juga turut mencatatkan lapan kematian terbaharu dengan dua daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).