Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kita telah berusaha sedaya upaya - Hadi Awang -

Kita telah berusaha sedaya upaya – Hadi Awang

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Yang penting ialah kita jujur kepada rakyat, bersabar dan tetap istiqamah.

“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada sebelah pagi. Anwar kemudian mengangkat sumpah di Istana Negara pada sebelah petang.

Namun Muhyiddin pada sidang media, semalam, berkata Anwar wajar mengemukakan bukti bahawa beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk memegang jawatan itu.

Anwar pada sidang media, malam tadi, berkata sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember depan bagi membentangkan antara lain usul percaya kepada Perdana Menteri.

Seterusnya pada sidang media hari ini pula, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya telah mencapai majoriti dua per tiga melalui penyertaan terkini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perdana Menteri dilaporkan berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.