Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
10 lelaki ditahan judi bola cecah taruhan RM1.06 juta -

10 lelaki ditahan judi bola cecah taruhan RM1.06 juta

POLIS Johor menahan seramai 10 lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan mencecah RM 1.06 juta sempena kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu berusia 22 hingga 43 tahun itu ditahan menerusi 10 serbuan di seluruh negeri yang dilakukan sempena Op Saga selama empat hari bermula 21 November lalu.

“Kesemua yang ditahan terlibat sebagai ejen ‘bookie’ pertaruhan. Serbuan berjaya merampas wang tunai berjumlah RM9,730, sebuah buku mempunyai catitan pertaruan, 10 unit telefon bimbat termasuk sim kad.

“Suspek kini ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalanakan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, mana-mana individu yang menganjurkan pertaruhan sempena kejohonan Piala Dunia Qatar 2022 akan dikenakan tindakan tegas berlandaskan undang- undang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjuadian boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berhampira atau menghubungi bilik gerakan polis di talian 07-2219999 atau 07-2254677.