PN setuju pertimbangkan cadangan Agong

0
131

PERIKATAN Nasional (PN) bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada hari ini.

Katanya, mesyuarat itu tadi membincangkan mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi, lapor Kosmo Online.

Terdahulu, semalam Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here