Penghuni cemas, ada harimau akar ‘berehat’ bawah rumah

0
50

SEEKOR harimau akar berkeliaran di Kampung Pagar Sasak, dekat Lipis, dan berehat di bawah sebuah rumah penduduk di kampung itu petang tadi.

Penghuni rumah tersebut yang terkejut selepas menyedari terdapat seekor harimau berada di bawah rumahnya, segera menghubungi pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan harimau itu jam 5.39 petang. 

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis diarahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan awal.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mengesahkan haiwan itu adalah dari spesis harimau akar dan sedang berehat di bawah rumah penduduk yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, sebentar tadi memetik laporan Astro AWANI.

Ismail berkata, pihaknya sedang menunggu pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan Perhilitan bersama ubat pelali dalam perjalanan bagi membantu operasi menangkap haiwan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here