Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan' - Hadi Awang -

‘Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan’ – Hadi Awang

PRESIDEN PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Twitter hari ini meminta supaya penyokong parti itu untuk kekal tenang kerana pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu.

Abdul Hadi juga berkata, pihaknya masih di hadapan ketika ini.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya.

Ciapan di Twitter Abdul Hadi

Ciapan beliau itu mungkin merujuk kepada usaha pemilihan PM10 yang mana dilaporkan ketika ini Pakatan Harapan (PH) dijangka membentuk Kerajaan Perpaduan dengan sokongan Barisan Nasional (BN).

Hari ini, satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu akan diadakan bagi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

PRU-15 pada 19 Nov berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

Keputusan PRU-15 menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.