35 mangsa bah termenung masih di PPS

0
177

SERAMAI 35 mangsa banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak di Segamat, Johor sejak awal bulan lalu, dijangka terus ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga beberapa hari lagi.

Jurucakap Pengurusan Bencana Daerah berkata, ia bergantung kepada situasi kediaman mangsa, sama ada selamat untuk didiami atau sebaliknya.

“Buat masa sekarang, kebanyakan rumah serta persekitaran masih berlumpur namun barangan termasuk perkakas memasak tidak rosak dan kemudahan air bersih tidak terjejas.

“Anggota sukarelawan memantau rumah di kampung yang terbabit banjir termenung berkenaan, namun masih banyak yang tidak berubah,” katanya memetiknya Harian Metro.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 35 mangsa banjir masih berada di dua PPS yang masih dibuka sehingga jam 4 petang ini.

Katanya, jumlah itu membabitkan 30 mangsa daripada 10 keluarga yang ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala lima mangsa daripada dua keluarga lagi masih di PPS di Dewan Komuniti, Kampung Tasek.

“Ada di antara mangsa pulang secara berkala mula untuk membersih rumah susulan cuaca yang beransur baik tanpa hujan sejak Selasa lalu.

“Bagaimanapun sekiranya hujan lebat dan kemungkinan air melimpah ke penempatan, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat.

“Saya nasihatkan jangan tunggu sehingga air penuh dalam rumah kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini memandangkan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.

Sementara itu seorang mangsa, Raja Noraishah Raja Shahrin, 23, menjadi antara yang awal mendaftar di PPS dan tinggal paling lama di situ.

Ini kerana rumahnya terletak berhampiran paya sering dilanda banjir termenung menyebabkan dia dan suami, Mohd Firdaus Zamri, 23, menjadi penghuni tetap di PPS pada musim tengkujuh, ‘katanya ditemui di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here