UMNO tidak perlu menjadi peminta sedekah untuk menjadi kerajaan melainkan calon Perdana Menteri adalah daripada parti itu.
Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO perlu kekal menjadi pembangkang tanpa perlu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.
Menurutnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin lain untuk menentukan hala tuju parti berkenaan.
“Ahmad Zahid perlu ada jiwa besar untuk berundur. Jika beliau tidak berbuat demikian dibimbangi lebih banyak kerosakan bakal berlaku.
“Bagi mengelak mudarat yang lebih besar, biarlah beliau seorang yang berundur, beliau tidak rugi apa-apa, ” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Riverside di sini pada Isnin, lapor Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua UMNO Batu, Datuk Yahya Mat Ghani menegaskan, parti itu bukan ‘king maker’ tetapi perjuangan UMNO adalah untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia..
“Orang cakap UMNO seronoklah kerana jadi king maker, boleh tentukan siapa Perdana Menteri dan timbalan. Tidak, bukan itu perjuangan kita. Kita tak mahu jadi king maker, kita hendak perjuangkan nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia.
“Rakyat tolak kita hanya sementara dan kita yakin lima tahun akan datang, kita akan bangkit kembali,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.