Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[RASMI] Datuk Dr Radzi Jidin menang di Putrajaya -

[RASMI] Datuk Dr Radzi Jidin menang di Putrajaya

CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin berjaya merangkul kerusi pertama di Putrajaya bagi PN apabila beliau memenangi kerusi dengan majoriti 2,310 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan cabaran terdekat iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Abdul , Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz(PH), calon PEJUANG Datuk Mohd Rosli Ramli, dua calon Bebas iaitu Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee.

Datuk Dr Radzi Jidin memperoleh 16,002 undi, manakala Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Abdul mendapat 13,692 undi, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz 5,988 , Datuk Mohd Rosli Ramli 878, Samsudin Mohamad Fauzi 63 dan Lim Fice Bee 20.

Peratus keluar mengundi di kerusi tersebut adalah sebanyak 85.45 peratus dengan 36,643 jumlah undi dikira berbanding 42,881 pengundi berdaftar. – SB