Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Panggilan 'abah' dilaung penyokong selepas Muhyiddin diisytihar menang -

PRU-15: Panggilan ‘abah’ dilaung penyokong selepas Muhyiddin diisytihar menang

RATUSAN penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan panggilan ‘abah’ merujuk kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau diumumkan menang di Parlimen Pagoh.

Selain sorakan ‘abah’ laungan ‘Perikatan Nasional’ turut dilakukan penyokongnya selepas pemimpin tertinggi parti itu menang dengan majoriti besar sebanyak 10,007 undi dengan keseluruhan 24,986 undi.

Muhyiddin telah menewaskan dua lagi calon lain masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang memperolehi14,426 undi, dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman yang meraih 14, 979 undi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu telah mempertahankan Pagoh melebihi lima penggal selain turut pernah memenangi kerusi itu atas tiket BN.

Kesemua penyokong turut mengikuti pengumuman langsung calon di Pusat Media Utama PN, di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Namun kelibat Muhyiddin masih belum dilihat memasuki perkarangan hotel ini lapor Astro AWANI.