Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin yakin dapat sokongan mencukupi dilantik PM Ke-10 -

Muhyiddin yakin dapat sokongan mencukupi dilantik PM Ke-10

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeyakinan bahawa beliau akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

GPS dan GRS telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat parti masing-masing untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10
sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Kerajaan campuran dipercayai akan terbentuk iaitu antara PN, GPS, GRS dan Barisan Nasional (BN). – SB