WAKIL rakyat paling lama berkhidmat, Tengku Razaleigh Hamzah, tumpas di Gua Musang, kawasan yang dikuasainya hampir 50 tahun.
Veteran Umno itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li, kalah kepada calon PAS, Azizi Abu Naim yang meraih majoriti 163 undi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tengku Razaleigh yang bertanding buat penggal ke-13 memperoleh 21,663 berbanding 21,826 yang diraih Azizi, dalam persaingan empat penjuru.
Ahli politik berusia 85 tahun itu mewakili rakyat Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan.
Pada 2018, beliau menang dengan majoriti 3,913 undi, menewaskan calon PAS dan PKR.
Tahun lalu, Ku Li memberitahu FMT bahawa beliau akan berundur selepas PRU-15.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.