Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat-Muhyiddin -

Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat-Muhyiddin

PRESIDEN Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Presiden PAS,Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan. Turut diadakan rundingan dengan parti-parti yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) PN memenangi 73 kerusi penuh termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo PAS selain enam kerusi lagi yang belum selesai dikira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).