Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Asyraf Wajdi tewas kali kedua, PN tawan Gerik -

Asyraf Wajdi tewas kali kedua, PN tawan Gerik

KETUA Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kalah lagi – kali kedua – dalam cubaannya untuk menjadi Ahli Parlimen menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).Pada PRU-14, Asyraf kalah dengan majoriti 1,360 undi di Parlimen Pasir Puteh di mana Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada PAS menang undian sebanyak 32,307.

Kali ini, pada PRU-15, beliau berpindah kawasan ke kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik, Perak, dengan harapan memenangi hati pengundi di situ.

Bagaimanapun, tindakan UMNO/BN meletakkan beliau di kerusi berkenaan dengan mengetepikan anak tempatan menerima padah apabila Asyraf Wajdi tumbang ditangan calon Perikatan Nasional Fathul Huzir Ayob.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.Fathul Huzir memperoleh 15,105 undi, menang majoriti 1,377 undi.Asyraf Wajdi memperoleh 13,728 undi manakala calon PH, Tarmizi Mohd Jam (5,779 undi)