Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuduhan palsu cuba jejas undi kepada PN -

Tuduhan palsu cuba jejas undi kepada PN

TANGKAP layar yang tersebar kononnya pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO pada Jumaat adalah palsu.

Menerusi tangkap layar berkenaan, pertemuan itu diadakan kononnya bagi membincangkan penggabungan untuk menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dakwaan yang disebarkan ketika proses pengundian itu secara jelas merupakan satu tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan sokongan rakyat kepada PN.

Tangkap layar palsu itu turut mendakwa hasil pertemuan antara PN-BN itu berpakat untuk menjadikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri manakala Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini Muhyiddin beberapa kali menegaskan bahawa PN tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti khususnya BN pada PRU-15 kerana berpegang pada prinsip bahawa gabungan yang dipimpinnya itu mempunyai kekuatan sendiri. –SB