Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[RASMI] PN takluk 1 kerusi di Sarawak -

[RASMI] PN takluk 1 kerusi di Sarawak

Perikatan Nasional (PN) berjaya merangkul satu kerusi di Sarawak apabila calonnya, Datuk Ali Biju berjaya memenangi kerusi Parlimen Saratok dengan majoriti 8,826 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan calon PN itu menewaskan dua saingan lain, iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Giendam Jonathan Tait dan calon Pakatan Harapan (PH), Ibil Jaya, lapor Utusan Online.

Ali Biju memperoleh 19,223 undi manakala Giendam mendapat 10,397 undi dan Ibil hanya memperoleh 1,221 undi.

Peratus keluar mengundi kerusi tersebut adalah sebanyak 69.26 peratus dengan 30,841 undi dikira berbanding 44,531 pengundi berdaftar.