Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[RASMI] Muhyiddin menang besar di Pagoh -

[RASMI] Muhyiddin menang besar di Pagoh

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya merangkul satu kerusi di Johor bagi PN apabila beliau memenangi kerusi di Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan calon Perdana Menteri bagi PN itu menewaskan dua saingan lain iaitu calon Pakatan Harapn (PH), Iskandar Shah Abd Rahman dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim.

Muhyiddin memperoleh 24,986 undi, manakala Iskandar mendapat 14,979 undi dan Razali memperoleh 14,426 undi.

Peratus keluar mengundi di kerusi tersebut adalah sebanyak 77.77% peratus dengan 54,391 undi dikira berbanding 69,939 pengundi berdaftar. – SB