CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya merangkul kerusi pertama di Melaka bagi PN apabila beliau memenangi kerusi dengan majoriti 4,411 undi.
Keputusan rasmi menyaksikan cabaran terdekat iaitu calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, calon Pakatan Harapan (PH), Mutalib Uthman dan calon PEJUANG Handrawirawan Abu Bakar.
Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi, manakala Abdul Hakim mendapat 21,193 undi, Mutalib dengan 7,445 undi dan Handrawirawan 507 undi.
Peratus keluar mengundi di kerusi tersebut adalah sebanyak 79.15 peratus dengan 54,749 jumlah undi dikira berbanding 69,174 pengundi berdaftar. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.