Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU15: Calon baharu PN DUN Tioman tetap daripada Pas - Saifuddin Abdullah -

PRU15: Calon baharu PN DUN Tioman tetap daripada Pas – Saifuddin Abdullah

CALON baharu Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman nanti akan tetap dipilih daripada parti Pas, kata Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“… secepat mungkin, kerana hari ini tak mungkin kita akan mencari calon baharu. Itu adalah kerusi Pas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam pada Sabtu.

Calon PN bagi DUN Tioman Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada kira-kira 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin, menyebabkan SPR Pahang memaklumkan proses pengundian bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, ditangguhkan.

Pada PRU15, DUN Tioman sepatutnya melibatkan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Allahyarham yang juga Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman sebelum ini pernah bertanding di DUN sama pada pilihan raya umum 2018.

Saifuddin yang juga penyandang Parlimen Indera Mahkota mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergiannya satu kehilangan kerana peribadi Allahyarham yang baik selain berpotensi untuk menerajui kawasan itu.–Bernama