Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga calon PN Tioman -

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga calon PN Tioman

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga calon PN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi ini.

Beliau yang juga calon PN Parlimen Pagoh berharap keluarga Allahyarham terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.

“Ia berita yang amat menyedihkan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga (Md Yunus),” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi kawasan Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar di sini hari ini.

Muhyiddin turut ditemani isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin, Pahang pada 3.30 pagi ini, selepas dikejarkan ke hospital itu oleh ahli keluarganya dipercayai akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, Muhyiddin menasihatkan semua pengundi untuk keluar awal mengundi kerana bimbang banjir akan berlaku jika hujan lebat berterusan.

Bagaimanapun, beliau melihat cuaca hujan hari ini di Muar tidak menjadi penghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jadi keluar mengundi seawal mungkin adalah lebih baik,” katanya, kata lapor Sinar Harian.