Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 100 terjejas ribut di Kulai  -

Lebih 100 terjejas ribut di Kulai 

LEBIH 100 penduduk terjejas di Felda Bukit Permai dan kawasan sekitar akibat ribut bersama hujan dan angin kencang, awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kejadian yang berlaku antara 8 hingga 9 pagi itu melibatkan 19 rumah dan tiga premis kedai.

“Kita kenal pasti sebanyak 17 rumah dan tiga kedai rosak akibat pokok tumbang dan bumbung terbang dan rosak di kawasan Felda ini.

“… terdapat dua rumah terjejas, masing-masing satu di Kampung Sungai Besoi dan Kampung Sri Muar yang terletak berdekatan di sini hari ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permai kepada pemberita di Felda itu, hari ini.

Mohd Jafni berkata ini merupakan kejadian ribut kali ketiga dan terburuk di kawasan Felda berkenaan selepas Mac dan April lepas, memandangkan lokasinya yang terletak di laluan angin.

Beliau berkata buat masa ini semua keluarga yang terjejas akan dibantu menerusi Tabung Bencana Felda, selain bantuan kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta bantuan segera RM500 dan bakul makanan daripada pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Permai.

“Kebiasaannya bantuan daripada MAINJ lebih kurang RM1,000 untuk setiap keluarga,” katanya dan menambah kerajaan negeri juga akan melihat kepada bantuan tambahan seperti keperluan persekolahan anak-anak. – BERNAMA