Bangga menjadi rakyat Malaysia, Sergio Aguero teruja mengundi kali pertama

0
45

PEMAIN naturalisasi, Sergio Aguero teruja dapat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia apabila mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut laporan BH Online, pemain bola sepak Sri Pahang FC itu mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semambu, Kuantan, Pahang.

“Saya berbangga kerana menjadi warganegara Malaysia dan menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama. Harapan saya semoga Malaysia akan membentuk kerajaan yang stabil,” kata pemain berumur 28 tahun itu.

Aguero yang menyarung jersi Sri Pahang mengundi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dan Parlimen Indera Mahkota.

Pada 16 September lalu, dia mengesahkan memiliki status warganegara Malaysia dan berbangga menjadi rakyat negara ini.

Penyerang itu berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status warganegara.

“Kuantan adalah tempat yang istimewa untuk saya dan keluarga. Saya jatuh hati dengan makanan, masyarakat yang sangat baik dan paling pentingm saya menemui ketenangan di sini bersama keluarga,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here