Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Abdul Hadi selesai mengundi di SK Rusila -

Abdul Hadi selesai mengundi di SK Rusila

CALON Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini pada pukul 8.50 pagi.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas ditemani isterinya, Tok Puan Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil.

Beliau selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Sebanyak tujuh saluran dibuka untuk melancarkan proses pengundian melibatkan kira-kira 4,000 pengundi berdaftar di pusat tersebut.

Abdul Hadi juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar SK Rusila untuk mengundi dengan lebih 50 pengundi mula tiba dan beratur di hadapan pintu masuk seawal pukul 7.30 pagi.

Pengundi mengambil kesempatan keluar mengundi awal selepas cuaca cerah pagi ini lapor Utusan Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Abdul Hadi dicabar calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Abdul Shukur dan calon Gerakan Tanah Air – Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang), Dr. Zarawi Sulong.