Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN -

Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN

KEDUDUKAN Perikatan Nasional (PN) kini dalam trend menaik dan dijangka mampu memenangi kerusi untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata ia berdasarkan laporan dilakukan perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Semalam saya menerima panggilan daripada perisikan tentera yang memaklumkan berita di peringkat negara hari ini, kedudukan PN ke arah menaik.

“Kerusi PN diramal mengatasi BN dan kedudukan kita setakat ini cukup baik…sekiranya ia termakbul, bermakna Perdana Menteri akan diangkat dari Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Grand Final PRU-15 di sini, malam ini.

Ikmal Hisham yang juga calon PAS Parlimen Tanah Merah turut mengharapkan pengundi memberi kepercayaan kepada PN untuk mengemudi negara.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, gagal membawa pembangunan kepada Machang selama dua penggal mengemudi Parlimen berkenaan.

Katanya, Ahmad Jazlan yang juga calon BN Parlimen Machang gagal mengambil peluang untuk membawa masuk pembangunan di Parlimen berkenaan ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

“Buktinya hari ini apabila saya datang ke Machang, banyak perbezaan jika dibandingkan dengan Parlimen Tanah Merah dan berharap pengundi di sini memberi peluang kepada calon PAS di Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, untuk membawa perubahan kepada Parlimen Machang,” katanya.