Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahidan mampu bantu PN rampas Perlis - Tuan Ibrahim -

Shahidan mampu bantu PN rampas Perlis – Tuan Ibrahim

GELOMBANG yang dibawa oleh calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mampu membantu parti itu menumbangkan BN sekali gus membentuk kerajaan baharu di Perlis selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dapat dirasai apabila Shahidan turun sendiri berkempen di seluruh negeri itu bagi membantu PN.

“Seluruh negara cukup mengenali siapa beliau (Shahidan), apatah lagi di Perlis,” katanya selepas menyampaikan Ceramah Mega Kubang Kerian Sejahtera, di Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam.

Selain faktor Shahidan, Tuan Ibrahim berkata gerak kerja yang telah dilakukan oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut memainkan peranan dalam membantu kemenangan PN.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau turut mengharapkan gerak kerja itu akan berterusan bagi memastikan PN mampu menawan Perlis pada PRU15.

Sebelum ini BN membuat kejutan apabila menggugurkan nama Shahidan sebagai calon Parlimen Arau.

Tindakan itu menyebabkan Shahidan menyertai PN dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.