Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga pasar malam hantar gambar lucah didenda RM10,000 -

Peniaga pasar malam hantar gambar lucah didenda RM10,000

SEORANG peniaga pasar malam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghantar komunikasi lucah kepada seorang kenalan wanita.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Md Azrin A Hamid, 44.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Md Azrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya iaitu gambar kepada wanita itu menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati.

Dia melakukan perbuatan itu antara 8.27 dan 8.59 malam pada 25 Julai 2017 dan hantaran WhatsApp berkenaan kemudiannya dilihat pengadu pada 25 dan 26 Julai 2017, masing-masing pada 8.30 malam dan 1.38 tengah hari.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman yang memberi menjadi pengajaran kerana perbuatan tertuduh adalah serius dan mengaibkan pengadu serta keluarga.

Md Azrin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan hanya berniaga di pasar malam selain menanggung isteri serta kakak ipar yang kurang upaya. –BERNAMA