Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Paras air lepas tahap bahaya di enam negeri -

Paras air lepas tahap bahaya di enam negeri

SEBANYAK 15 stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya membabitkan Sarawak, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

la berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat 10.45 pagi ini.

Selangor merekodkan stesen terbanyak melibatkan Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat, Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang, Sungai Klang di Taman Sri Muda, Klang dan Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang.

Selain itu Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat, Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang, Sungai Langat di Dengkil, Sepang serta Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang.

Di Sarawak pula melibatkan stesen di Long Jegan, Long Teru dan Marudi, Miri, Pahang (Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera); Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat), Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat berkenaan kenaikan aras sungai serta kadar lebat hujan boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi ataupun akaun twitter Public InfoBanjir. –BERNAMA