Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuan Ibrahim nafi Bersatu dominasi PAS dalam PN -

Tuan Ibrahim nafi Bersatu dominasi PAS dalam PN

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan parti itu didominasi Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), bahkan menjelaskan situasi mereka lebih kurang sama dengan BN.

Tuan Ibrahim menegaskan tidak timbul isu siapa mendominasi siapa dalam PN kerana setiap keputusan yang diambil, ia diputuskan secara bersama.

“Tidak, kita ada majlis tertinggi parti yang melibatkan semua komponen kelima-lima parti dalam majlis tertinggi .

“Sama dengan BN, orang lihat BN didominasi oleh Umno. Sedangkan dia buat keputusan bersama-sama, kita (PN) pun sama.

“Apabila bermesyuarat Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengerusi. Jadi, semua kenyataan mestilah daripada pengerusi.

“Keadaan itu bukan bermakna didominasi tetapi ialah keputusan bersama yang disebut oleh pengerusi. Saya rasa tak timbul soal dominasi,” katanya kepada pemberita selepas program Sembang Petang Bersama Timbalan Presiden PAS di Batu Enam, Kuala Nerus, petang tadi lapor Malaysia Kini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata setiap keputusan yang dibuat Pengerusi PN itu juga “mesti dibincangkan” dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Apa-apa keputusan pun Tan Sri Muhyiddin mesti dibincangkan dengan presiden PAS, hatta dia pun datang ke Terengganu.

“Kalau ada benda penting Muhyiddi akan datang ke Terengganu, jumpa tok guru Abdul Hadi. 

“Saya pun banyak kali jumpa dia dan setiap kali ada benda penting dia akan bincang dengan PAS . Sebab PAS dengan Bersatu ini menjadi tunggak kepada PN,” tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Bersatu dilihat lebih dominan daripada PAS susulan banyak keputusan gabungan itu dibuat oleh Muhyiddin.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Bersatu lebih dominan dalam PN dan parti itu hanya memperalatkan PAS demi kepentingan mereka pada PRU ke-15.

Ismail Sabri turut berkata, penyokong PAS tidak belajar daripada pengalaman PRN Melaka dan Johor, selain berpendapat mereka perlu sedar “taktik licik Bersatu”.

Dia turut menyeru pengundi memberikan undi kepada calon BN jika tiada calon PAS di kawasan ditandingi PN.