Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Syarat kempen sukarkan usaha bantu mangsa banjir -

PRU-15: Syarat kempen sukarkan usaha bantu mangsa banjir

USAHA untuk menghulurkan bantuan kepada lebih 3,000 mangsa banjir di seluruh negara ketika ini sukar dilakukan kerana kekangan syarat kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berikutan kekangan itu, gabungan berkenaan pernah mencadangkan agar PRU15 ditangguhkan sehingga selesai musim tengkujuh.

“Saya kasihan dengan 3,000 orang ini kerana mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan.

“Kalau ditangguhkanlah supaya tidak berlaku pilihan raya (PRU15) kita boleh bagi fokus untuk membantu orang yang jadi mangsa banjir, tapi sekarang semua sudah kelam kabut… yang 3,000 orang kita nak jaga, masing-masing nak berkempen lagi.

“Dengan berkempen nak beri bantuan pun susah sebab akta mengatakan masa kempen tak boleh bagi bantuan, cuba kita fikirkan,” kata Hamzah seperti dilaporkan Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas upacara pendaftaran perkahwinan dan penyerahan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Wisma Persekutuan Taiping, di Taiping pada Rabu.

Dalam masa sama, Hamzah berharap rakyat sedar perkara itu dan mencari pemimpin yang bertanggungjawab untuk masa depan rakyat.

Pada Rabu, jumlah negeri yang terkesan akibat banjir meningkat kepada tujuh negeri berbanding enam pada Selasa.

Dalam kemas kini di laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 8 malam Selasa, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri adalah seramai 3,233 mangsa membabitkan 1,015 keluarga.

Dalam masa sama, 32 pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka.