Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRK mungkin diadakan di Parlimen Padang Serai -

PRK mungkin diadakan di Parlimen Padang Serai

PILIHAN Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Padang Serai mungkin akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya hari ini.

Pensyarah Undang-undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata berkata, PRK tersebut bakal diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selesai pada 19 November ini.

“Merujuk kepada Peraturan Perjalanan Pilihan Raya Peraturan 11 (6), SPR perlu membuka semula pencalonan baharu di kawasan tersebut bagi membolehkan calon lain dipilih.

“Keputusan tersebut boleh dibuat setelah pihak SPR mengadakan mesyuarat dan arahan baharu boleh dibuat untuk menetapkan tarikh baharu penamaan calon, tempoh berkempen serta pilihan raya di kawasan tersebut,” jelasnya semalam lapor Kosmo Online.

Tambahnya lagi, calon-calon parti lain yang bertanding juga boleh mengekalkan dan menggunakan calon lain selepas arahan baharu dikeluarkan oleh SPR nanti.

“Undi awal juga akan terbatal kerana tidak adil dan proses undi awal akan dilakukan sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Padang Serai M. Karupaiya disahkan meninggal dunia semalam selepas dimasukkan ke hospital dipercayai mempunyai masalah jantung.

Mendiang merupakan penyandang kerusi tersebut sebelum ini dan bakal membuat penampilan pada PRU-15 19 November nanti.

Senarai calon lain bagi kerusi P017 Parlimen Padang Serai adalah Datuk C. Sivarrajh (BN), Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd. Rahman (GTA), Mohd. Bakhri Hashim (Warisan), dan Ananda Ak (Bebas).