Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banteras sindiket jualan dokumen habis-habisan - Hamzah -

Banteras sindiket jualan dokumen habis-habisan – Hamzah

SINDIKET penjualan dokumen pengenalan palsu di negara ini yang membimbangkan memerlukan penguatkuasaan lebih aktif untuk membanterasnya secara besar-besaran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ahli sindiket terbabit yang didalangi orang tempatan perlu ditangkap kerana tindakan mereka itu menyebabkan warga asing mampu tinggal di negara ini bertahun lamanya tanpa dokumen yang sah.

“Untuk masuk Malaysia mesti ada dokumen. Masalah di sini, orang kita yang terlibat dalam sindiket dan mengenakan bayaran…mereka menipu dan bawa lari duit.

“Akhirnya ada (warga asing) yang tinggal di sini sampai 20 hingga 30 tahun tanpa dokumen sehingga tidak mahu pulang ke negara asal…kemudian mereka meminta taraf kerakyatan. Ini saya marah, mereka (ahli sindiket) perlu ditangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan upacara pendaftaran perkahwinan dan penyerahan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menumpaskan beberapa sindiket termasuk melibatkan presiden sebuah parti politik yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan pengeluaran kad pengenalan.

Antaranya berkaitan sindiket penipuan dengan menawarkan kad data lengkap berkod QR yang didakwa membolehkan pemohon memiliki kad pengenalan Malaysia (Mykad).–Bernama