Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir kilat di Kampung Laut Skudai -

Banjir kilat di Kampung Laut Skudai

KIRA-kira 20 rumah di Kampung Laut Skudai, Johor, dilanda banjir kilat petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menerusi suatu kenyataan berkata, setakat ini belum ada lagi penduduk terjejas banjir kilat yang menyebabkan rumah mereka dinaiki air kira-kira 1.5 meter dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)

“Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau di kawasan kampung berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keadaan terkawal dengan keadaan cuaca mendung,” katanya menerusi kenyataan pada hari ini, lapor BH Online.

Sementara itu, JPBD berkata, bilangan mangsa banjir di tiga daerah di Johor kini berjumlah 327 orang daripada 82 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS setakat jam 9 pagi tadi.

Beliau berkata, seramai 32 orang daripada enam keluarga dari Kampung Ithnin Maarof dan Kampung Sungai Linau ditempatkan di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof, Kluang.

“Bilangan mangsa banjir di Tangkak adalah seramai 242 orang daripada 59 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat; Kampung Parit Bunga Raya Hujung; Kampung Parit Bunga Raya dan Kampung Parit Pulai.

“Semua mereka dipindahkan ke dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama (SA) Simpang 5 Darat sejak Isnin lalu,” katanya.

Katanya, mangsa banjir di Segamat juga kekal 39 orang membabitkan 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.

“Seramai 14 orang lagi membabitkan lima keluarga juga dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Tasek,” katanya.